Wednesday, March 01, 2006

the wisdom of the tribe

Ini cerita tentang Pak Sako. Almarhum Pak Sako. Yeop tak kenal dia tapi banyak dengar cerita tentang enkounter Pak Sako ngan Orang Asyli. Kalu nak tau Pak Sako ni orang Temerloh. Mungkin sekampung dengan iKelah. (Is it right DITH?).

Cerita Pertama:
Satu hari Pak Sako nak ke pendalaman. Mak dia pun tanyalah Tok Batin kenalannya.

"Jauh ke Tok?" tanya Pak Sako.

"Haih, dekat syaja. Jalan kaki syaja." jawab Tok Batin konfiden.

"Berapa lama?"

"Sejam syampai." Jawab Tok Batin. Masa tu dia dah moden dah, tak mengukur ikut isapan rokok lagi.

"Hooih. Lambat sangat. Nak cepat ada cara tak?" tanya Pak Sako.

"Boleh. Nak cepat kita jangan jalan. Kita lari." Balas Tok Batin.


Cerita Kedua:

Satu hari Pak Sako nak ke Tasik Cini. Nak siasat tentang naga yang dikatakan timbul di sana. Di tengah-tengah jalan dia berjumpa dengan seorang orang Asli dari suku Semelai.

"Dari mana weiih?" tanya Pak Sako.

"Cini. Nok ke pekan jap." jawab Asli itu.

"Cini airnya bersih tak?" tanya lagi Pak Sako.

"Haiih bersyih tuan. Doh bertahun syaya dok syana. Tak pernah tengok orang datang cuci tasyik. Mestilah airnya bersyih!"

7 comments:

AnakMalaya said...

memang pandai le diorang ni eh..

MAMARISYIA said...

Agak nya Yeop org asli memang cara cakapnya si jadi shi eik...kagum ngan yeop...sempat bergaul mesra ngan org asli...

tak sangka Yeop pun suka ngan big bikes...Selalu konvoy ker?

dr in the house said...

Yeop, rasanye bukan sedara sbb tak pernoh pulok dia cerite. Nanti kawe tanya. Dia on call nih.

Yeop awok ni banyak sungguh cerita org ashli, ada collection ke?

Tapi kalau kita ikut akal dan lojik org ashli , rosyak, rosyak, hehe

NBB said...

sheronoknya kalau dapat pegi tashik shini!!!

Yeop-Harley said...

anakmalaya:itulah pengajaran dari unibersiti alam.

mama:mungkin lidah mereka tebal sikit kot. Selalu gak konvoi. Mama dok dimana? Lain kali Yeop lalu bolehlah Yeop bawa buah tangan.

DITH: Koleksi cerita ada lah sikit. Tetapi Yeop seronok dengar cara mereka mematikan logik.

Nurul:Haih, tasik di tempat kita di Belum tu lagi cantik. Tapi jangan pulak kata Tasek di Ipoh tu cantik. Itu penuh dengan pollution.

Mc_Kay said...

pok yeop..nanti bawokle teman ronda naik moto ali pok yeop gi taman tasik??? pok yeop kan buleh bawok banyok moto dgn 2 je tangan...kepelikkan sungguh teman..

zizie ali said...

koreksi (mungkin typing error):
pendalaman
pedalaman

dialog tak perlu koreksi. itu laras bahasa orang asheli. kita orang tiruan.