Saturday, April 29, 2006

Bilal Yeop

Hari Jumaat lepas Yeop menjadi bilal. Yeop azan di kiri dan qamat di kanan. Bukan di masjid tapi di telinga bayi yang baru lahir. Ibu kepada anak-anak Yeop, dan menantu kepada ibu dan ayah Yeop selamat melahirkan anak lelaki. Kalu kome pening nak paham, yang dimaksudkan Yeop, adalah isteri Yeop yang telah melahirkan anak. ...."Yang, yang, anak keberapa ni?".

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana ibu dan anak selamat.

Jadi maaflah ler kerana lama Yeop tak mengupdate blog. Maklumlah sibuk cari air selusuh, sibuk mengambil ibu dan ayah dan sibuk membeli persiapan. Siapa tak sayang isteri. Hari tu Yeop bercadang nak minta Doktor Nurul menyambut, tapi bila teringat yang Nurul ni pathologist, cepat-cepat Yeop tukar fikiran. Nak pegi ke Dr. Roza pulak jauh sangat.

Dan jangan bimbang, Yeop sekali-kali tak akan menyuruh Tok Batin memilih nama. Nama dah ada.

Wednesday, April 12, 2006

Mancis Tok Batin



Heran betul Yeop. Kenapa dikampong Lata Ulu tu laku betul mancis. Kata Ah Seng, tokei kedai tu, hari-hari mancis abih berkarton-karton. Jadi minggu lalu Yeop pun pegiler ke Kampong tu untuk bertanya kabar dari Tok Batin Sekilau.

"Arhh Yiop. Ape kaber kome? Lame dok napok napok." Tok Batin menyambut Yeop. Dia ni dah tua dah. Tapi mengaku masih muda.

"Sihat Tok. Ni ler Tok. Orang kampong Tok ni makan mancis ke? Kabarnya hari-hari sampai berkarton-karton abih dibeli." Yeop jawab dan menyoal.

"Ehh. Syapa pulak lapor kat kome?" Dia terkejut.

"Ah Seng ler. Hari tu Yeop nak beli mancis. Dia kata tak leh jual kerana orang kampong Lata Ulu dah tempah semua. Buat apa Tok?" jawab Yeop.

Tok Batin terdiam. Dia macam tak mau jawab je. Tapi lama kelamaan dia pun buka mulut. "Ni Yeop, rahsyia kami."

"Hah, rahsia apa Tok." aku terkejut.

"Bebenornye Yeop, kami dah cipta alat lampu baru. Dok usyah guna lagi karan dari Tenaga Nasional. Cuma kami cari mentol-mentol lama yang dah rosak. Guna mancis, hah dapat ler cahaya." Dia jawab selamba.

"Hai." Yeop mula timbul keinginan nak tau selanjutnya. Kebetulan Yeop pun sedang eksperimen buat minyak kereta dari minyak buah jarak.

"Ggini Yeop tapi Yeop jangan cerita syapa-syapa sebelum cukup syeminggu syelepasy Yeop tengok. Pasal takut jin yang menjaga lampu tu marah." Pesan Tok Batin.

"OK, Tok saya janji."

Dan kerana ini dah lebih seminggu maka Yeop pun nak kongsi samalah dengan deme apa yang Yeop lihat. Sungguh canggih dan pandai Tok Batin Sekilau ni. Cahayanya terang benderang. Cuma banyak pakai mancis je. Jadi buat ketika ini kosnya tinggi sikit ler. Cuba teliti:



Tapi janji jangan tiru cipataan ni ye!!

Thursday, April 06, 2006

Naya

Betuler Yeop selalu berkawan dengan Tok Batin, dan sesekali sesekala tu Yeop cuba-cubalah buat tanya firasat Tok Batin berdasarkan kepada Kitab Matahari dan Bulan Atas Gunung Ganang. Tapi bukannya Yeop percaya. Percayalah.

Tapi ada teman Yeop ni, dia senyap-senyap gi jumpe Tok Batin di Gua Musang, dan mintak doa. Apake bodohnya. Tok Batin tu, selepas menerima sekarton Benson & Hedges, pun mula membuka kitabnya dan haa, mendapatlah doa yang difikirkan sesuai.

Bila Yeop dapat tau, Yeop menasihatkan supaya jangan amal. Tapi mereka tu degil. Ha, sekarang padah. Tau apa doa tu?

Kata mereka, doa untuk mintak selamat. Kan pelek tuh. Doanya, 'BUAH SYETOR BUAH SYETIAR, SYETAT MOTO MASUK GIAR'.

Nak tau apa kesudahanya? Cuba lihat.



Oh ya, jangan banyak makan gula. Sekarang gula payah dapat. Jadilah macam masyarakat Tok Batin, makanlah gula kabong. Kat kampung Dr. Nurul ada jual.