Saturday, March 25, 2006

Terkenang

Semenjak seminggu dua ni, teringat betul kepada zaman budak-budak dulu, mandi di lombong dan kemudian berlari-lari kerumah Tok. Tok seronok melihat cucu-cucunya riuh rendah dengan keadaan basah kuyup, dan semestinya kelaparan dan kehausan. Yang paling teristimewa pada kami adalah pekasam Tok. Best.

Mungkin orang-orang Perak ni, kuat berusaha, sebab itulah terungkap simpulan bahasa "Alang alang celup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan." Tapi yang peliknya kenapa celup dengan tangan? Takkah itu merosakkan keseluruh pekasam? Dan kenapa mustahaknya untuk celup pekasam? Mungkin terjatuh kunci kereta atau motorsikal agaknya.

Maka Yeop pun pesanlah kepada Kakak di rumah (mem Yeoplah) untuk membuat pekasam. Katanya,"Bang, mana adik tau, sekarang ni beli di pasar tani kan senang!"

Aiih, mana sama. Dulu pekasam Tok dibuatnya sendiri. Jadi puas Yeop menalipon untuk mencari recipe pekasam yang original. Tak ada yang ingat pulak. Nak talipon Nurul terlupa nomor talipon dia. Kalu talipon 991, nanti bukan Dr. Nurul yang datang tapi polis datang tangkap Yeop kerana membuat panggilan tanpa ada kecemasan.

Tapi, Alhamdulillah, rupa-rupanya ada juga si Banjar dari Sg. Manik yang buat blog, dan dalam blognya bermacam-macam recipe pekasam. Aduh, seronoknya Yeop. Ni Yeop bentangkan untuk cubaan bersama. Terima kasih bebanyak ya adik dari Sungai Manik. Aiih, parang panjang warisan ada lagi tak? Yeop nak buat souvenier.

Cara maulah wadik (Banjar) [ini pulak bahasa Banjar, jadi kena cari penterjemahlah]

15 ikung ikan sapat;
1/2 bungkus garam kasar (uyah);
6 kaping asam gelugur - Asam Kaping;
1 cawan baras basangan hagan diulah samo (ditumbuk atawa digiling kasar);
1 bigi cabai karing;
1 ulas bawang halui;
1 sudu gula;
amun suka.

1. Iwak dibarasihi. Andaki uyah. Jangan kalumpanan andaki jua dalam parot iwak
2. Taburkan garam dalam wadah (guri), susun ikan berselang seli wan uyah;
3. Biar dipaja 3 malam;
4. Tapiskan banyu wadik, imbah tu jarang banyu wadik tu;
5. Kambohkan samo, cabai, bawang , gula wan ikan. Masukan banyu wadik tadi;
6. Paja sekurang-kurangnya saminggu, hanyar nyaman dimakan.

***cili wan bawang hagan menjauhkan wadik dari bahulat

Cara membuat pekasam(Melayu)

Bahan-bahannya:
10 - 15 ekor ikan;
200 gm beras (digoreng tanpa minyak dan tumbuk/kisar, jangan halus sangat);
2 sudu makan garam halus;
dua genggam asam jawa.

Caranya:
1. Bersihkan ikan (mesti betul-betul bersih, kalau tidak ikan cepat busuk).
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas, susun selang seli antara garam campur asam tadi dengan ikan. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
4. Jangan terus simpan dalam peti sejuk. Biarkan sekurangnya dua hari di luar kemudian baru simpan dlm peti sejuk.

Cara goreng:
Gunakan sedikit sahaja minyak. Goreng bawang kecil yang sudah dihiris dgn cili padi.
Lagi banyak lagi sedap. Angkat. Kemudian baru goreng ikan pekasam dan campuran beras itu hingga garing. (Jangan basuh ikan tu!) Hidangkan dengan nasi panas.

Wow, sedap.


Pekasam Ikan Laut ( Kembung )

Cara membuat:

Gula Merah 1 cawan untuk 10 ekor ikan Kembong.
Pilih ikan Kembong jenis lemak (yg ada sisik tu )
Asam jawa sebesar bola golf.
Garam kasar 1/2 cawan.

Cara:

Basuh ikan dan toast kan,gaulkan ikan tadi dengan garam kasar dalam bekas plastik yg bolih di tutup. Biarkan selama 20 minit setelah ikan tadi mengeluarkan cecair dalam isi nya masukkan gula merah dan asam jawa serentak dengan gula merah. (jangan campurkan air kerana ini ianya menyebabkan tak tahan lama).
Setelah itu masukkan simpan didalam bekas tertutup dan kedap udara selama 1 minggu.



Bismillah.
Allahumma bariklana fiima razaktana......

10 comments:

zizie ali said...

di kampung saya di panggil 'ikan jeruk'. goreng lapik daun pisang. perah limau nipis. siuupp...
"alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke celah ketiak"

Anonymous said...

உங்க 3D திருவிழா 8,7,6...பார்த்திட்டு வந்தேன். எதுவுமே தெரியலை. அப்புறம் 3D திருவிழா 1-ல தந்த விளக்கத்தைப் படிச்சதும் எல்லாமே ரொம்ப தெளிவா தெரியுது. நன்றி. இதில ஒரு விலங்கு வாலைத் தூக்கின்னு நிக்குது.

Anonymous said...

Yeop, ini dia bagi keputusan nomor ekor (3 Digit) ke? Atau dia terjemah entri zizie di atas?

dr in the house said...

Yeop,

Ngidam pekasham yek? Memang shedap makan pekasham, nashi nya bertambah. Biar pon tak de lauk lain.

Tapi bahaya yeop. Bukan badan shaja yang naik. Blood pressure pon melambung Yeop!!

Yeop, belut boleh buat pekasham ke??

MAMARISYIA said...

ramai yang cakap ikan pekasam ni sedap...tapi saya tak dapat terima...sebab bila goreng ikan pekasam tu buat saya sakit kepala satu hari...sedap sangat ker ha???

NBB said...

pak yeop,

resepi pekasam tak tau lah. selalu mak saya beli je kat pasar hari sabtu kat changkat jering tu. tak pernah pun buat sendiri.

p/s senang aje nombor saya pak yeop. call hospital ipoh, suruh operator tu sambung terus pada saya.

blackpurple said...

Wah...ada resepi ekk..... Boleh cuba ni. Mana agaknya lebih 'power' banding dengan jowo punya....? hehehe

Ku Keng said...

Kamu ni kurang sopan Yeop. Letakkan benda yang mencairkan lior sebegini. Lain kali hantarlah kepada kami. Kan lagi baik. Dan kalaulah Tok Aki kome dulu menjual kain dan langsir, kan bagus. Boleh jual kepada Nurul, kerana baju kurungnya rabak di belakang, akibat terlama seterika!

Yeop-Harley said...

Zizie: Kampung kat mana?

anon1: Maaf nana, saya bukan dari Sungai Siput.

Anon2:Mungkin, mungkin.

DITH:Tok pesan, makan bawang putih banyak-banyak bagi hilang tekanan darah.

MR:DITH kata itu kemungkinan tekanan darah. Baik gi cek.

Nurul:Yeop panggil, tapi operator jawab macam marah-marah je. Dia kata ada jejaka pesan kalu ada panggilan untuk Dr. Nurul, dari lelaki, jangan sambungkan.

blackpurple:Yang best dari jawa tu TEMPE. Makanan internasional.

Ayah Keng: Nak mengantar tapi Pos Laju tak terima.

Anonymous said...

saya ambik resepi no TQ :)

-lyn-