Friday, March 17, 2006

Kenangan

Dalam banyak-banyak bangunan lama di Perak, Istana Kenangan ini selalu membuat Yeop berfikir.

Hai banyaknya tingkap dan jendela. Kalaulah dulu-dulu Tok Aki Yeop buka kedai kain, pasti kaya raya dia kerana jadi supplier langsir. Maka kurang-kurangnya senanglah kami semua. Tapi Tok Aki pula kerjanya jual pucuk ubi je. Apa nak buat.

Berbalik kepada Istana ni. Ukiran dalamannya menarik. Halus dan berseni. Cuba teliti motif dan color-schemenya.

Ni menunjukkan orang Perak ni berseni. Betul tak Nurul?

9 comments:

MAMARISYIA said...

MR suka rumah org dolu-dolu pasal rumah dewang banyak tingkap...

Anonymous said...

Yeop

"Sawadikap" orang Perak suka ikut orang Thailand..masuk ikut pintu keluar ikut tingkap...Depan rumah tu ada orang jual cendol le..

Ku Keng said...

Yeop saya pun nak tanya tu juga. Gerai cendol depan Istana. Bermakna cendol tu makanan di Raja.

zizie ali said...

yeop:
yang elok tu susah untuk dibuat. tapi yang susah dibuat tu tak semestinya elok.(falsafah tukang rumah)

Pak Malau said...

Yeop, istana ini menjadi kenangan. Sebagaimana kawanku P. Ramlee banyak meninggalkan kenang-kenangan dalam Istana Perak. "Tidurlah wahai Permaisuri.."

NBB said...

betul pak yeop!!! (dengan begitu bersemangat sekali...)

Ku Keng said...

Yeop, Dr. Nurul dah tukar avatar. Sekarang gambar bunga pulak dah.

drroza said...

yeop,

itu mcm archtecture org seberang je..

Yeop-Harley said...

MR:Rumah dulu-dulu senang. Lapang aja. Semua tidur di tengah rumah. Bukak tingkap, nyaman. Aneh waktu tu nyamuk kurang.

Anonymous: Sawadikap. Kap kun kap? Ya cendul tu yang, Yeop jamin, terbaik, dikampung tu.

Ayah Keng: Yalah, memang la tu mamak cendul. Best. Sampai diorang kata bekas Agong pun suka cendol dia.

Zizie: Itu dulu-dulu. sekarang semenjak ada CAD, semua guna komputer dah.

Pak Malau: Permaisuri itu akhirnya keluar dari istana. Dan selanjutnya sudah berkali-kali ditulis dalam akbar.

Nurul: Itulah Yeop puji you kerana sanggup tak ditukar, sacrifice kenaikkan pangkat, semata-mata untuk menetap di Perak. Negeri yang berseni.

Ayah Keng: Hai berbunga okid pulak dia. Agaknya supaya bozz dia tak marah-marah sangat.

DITH: Semuanya di impot dari tanah Mandailing.