Saturday, April 29, 2006

Bilal Yeop

Hari Jumaat lepas Yeop menjadi bilal. Yeop azan di kiri dan qamat di kanan. Bukan di masjid tapi di telinga bayi yang baru lahir. Ibu kepada anak-anak Yeop, dan menantu kepada ibu dan ayah Yeop selamat melahirkan anak lelaki. Kalu kome pening nak paham, yang dimaksudkan Yeop, adalah isteri Yeop yang telah melahirkan anak. ...."Yang, yang, anak keberapa ni?".

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana ibu dan anak selamat.

Jadi maaflah ler kerana lama Yeop tak mengupdate blog. Maklumlah sibuk cari air selusuh, sibuk mengambil ibu dan ayah dan sibuk membeli persiapan. Siapa tak sayang isteri. Hari tu Yeop bercadang nak minta Doktor Nurul menyambut, tapi bila teringat yang Nurul ni pathologist, cepat-cepat Yeop tukar fikiran. Nak pegi ke Dr. Roza pulak jauh sangat.

Dan jangan bimbang, Yeop sekali-kali tak akan menyuruh Tok Batin memilih nama. Nama dah ada.

15 comments:

Bunga Rampai said...

Salam. TAHNIAH Yeop! Turut gembira mendengarnya. Doa saya moga anak Yeop anak yang soleh nanti. Amin.

Nanti jangan lupa siar-siarkan nama bayimu di sini ya :)

Ku Keng said...

Alhamdulillah Yeop, patut ler lama senyap.

loppiess said...

T A H N I A H K E P A D A Y E O P.

loppiess said...

TAHNIAH KEPADA YEOP - SUAMI ISTERI.

Anonymous said...

Abang Yeop dan Kakak : Tahniah ye !

Anak ke berapa nih ?

Potong jambul nanti, jemputlah datang kenduri ye.

Marissa

NONIE AZIZ said...

Tahniah Yeop...apa kata Yeop bubuh nama Adam Harley ke...

zizie ali said...

tahniah bilal yeop.
jgn lupa patuhi segala pantang larang dlm tempoh 'pantang'. bukan pantang larang yg disaran tok batin. tapi pantang larang agama kita
"nawaitu sama rhodin..."

Yeop-Harley said...

Bunga Rampai: Amin. Kini Yeop sedang beristikhirah tentang nama. Nama itu akan dihebahkan dalam siaran Radio FM Senoi.

Ayah Keng:Senyap-senyap ubi. Berisi.

LopeDua kali terimakasih dari Yeop suami isteri. Ada tak tukang urut di Kampung Indah, yang bagus-bagus?

Nurul:Boleh mintak ubat free tak? DF118. Bukan untuk isteri tapi untuk Yeop.

Marissa:Macam mana cara nak jemput. No. Talipon tak beri. Pandai marhaban tak?

Mama:Aiih. Macam ada six sense pulak. Memang itulah hajat. Tapi mak dia tak setuju!

Zizie: Puasa yang di cadang ni, bersahur tak?

tuan tanah said...

Alhamdulillah.
Tahniah :)

Sayuti said...

abg yeop, tahniah!

patutlah tuan keng suruh berguru dengan kamu.

Rakimi said...

salam..
tahniah yeop.. smoga bertambah ramai anak..

Angah said...

tahniah!!

Yeop-Harley said...

Nurul:Hari tu Yeop nak ke Ipoh, salah konar, sampai ke Tanjung Rambutan.

Puan Tanah:Shukran jazillah. Semakin ramai semakin susah Yeop nak meronda. Nanti mak dia berleter pulak.

Sayuti Bila-bila masa boleh datang menuntut. Tapi tolong bawak pekasam ya.

Kimi:Yeop nak lagi tapi mak dia kata 5 tu cukup-cukup dah ler.

anakmalaya:Terima kasih Nak.

Anonymous said...

azan di kiri, qamat di kanan? tak terbalik ker tuh?

Anonymous said...

Excellent, love it! free teens pictures amateur Inventor of air conditioner Zetia and zocor combination pill name go bingo Audi a3 mp3 player her bingo .com bingo equipment suppliers zocor and joint pain Girl hot blowjob oil fired boiler type residential heating bingo card child free printable