Saturday, July 08, 2006
malu
Adooi, Yeop malu betoi. Haghi tu Yeop gi KL beli jersey Jerman empat pasang. Untuk anak-anak dua pasang. Petang tu Yeop ke hulu ke hilior, mmakai jersey baru konon-konon German top ler. Pagi esokya, apa dah terjadi? German kalah. Adoi. Malunya.
Esok Yeop pun gi lah ke Lata Kundur nak hadiah jersey-jersey tu ke anak Tok Batin. Tau apa yang dema kata kat Yeop? "Pak Yeop, lain kali nak pilih tim pikior ler baik-baik. Tengok kereta jerman tu. Laju je, nak parking syusyah, nak mencelah syusyah. Tengok Fiat ke Renault ke, lincah macam tupai. Har yang begitu ler dema kena pilih."
Merah padam muka Yeop. Tok Batin tak kata apa-apa. Tapi bila Yeop pulang Yeop dengor dema semua tu ketawa berdekah-dekah kat Yeop.
Rasa-rasa Yeop ler, kereta Fiat tu bagus jugak ye? Tapi kereta Renault, lebih tahan kerana tak berkarat. Jadi Yeop beli Renault ler.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Yeop,
Alfa Romeo lagi best.
Salam.
Renault okey tu. Tengok Alonso pandu Renault asyik menang je :)
Salam Yeop, dah masuk Ramadhan ni, blog masih tak ada entri baru.
Nak juga tau kut-kut Tok Batin ada resipi menarik untuk berbuka.
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia.
Post a Comment