Saturday, June 17, 2006

Bola Lagi

Yeop terbaca dalam akhbar tentang sindiket judi internet yang diterajui oleh kaki-judi dari Malaysia. Ini lagi yang akan menyusahkan kita dari Malaysia nak bermusafir ke luar negara. Pasti banyak kelak soalan-soalan di immigeresen. Akhir-akhir nya passpot Malaysia akan jadi macam passpot Filipina atau Indonesia. Banyak soalan. Macam mana ler deme ni. Tak nak jaga nama negara.

Tapi bola yang sedang mendemamkan peminat ler ni, bukan saja buat orang tertanya-tanya dan bertanya-tanya. Dan Yeop agak pak sadhu ni pun peminat bola jugak. Tengok di sedang stress tu, sehingga rokok nak membakar jari. Atau mungkin dia bomoh bola!

Untuk Yeop, Yeop tetap menggunakan Tok Batin Patin. Ilmu dia hebat. Sehingga pemain tak dapat cari bola. Kerana setengah jam sebelum permainan, Tok Batin suruh budak-budaknya curi abih bola-bola.

No comments: