Sunday, February 19, 2006

Syusyeh Apenye?

Kelmarin Yeop ke Hulu Perak melawat teman Yeop, Tok Batin Patin. Sepupu Tok Batin Pandak. Tok Batin Patin ni bodoh-bodoh pandai.

Yeop kata, "Tok, kenapa tak mau masuk Islam?"

Dia jawab, "Syusyeh apenye Yeop, kame tau kebaikannye. Nanti belum mati, kame panggillah Tok Imam ajar kame nguccap!"

Ini pikior Yeop, macam sesetengah orang kite, je. Agaknye mika di Kampung Yeop tu belajor dengan Tok Batin. Agaknye ler.

Lepas tu Yeop tengok orang kampung Tok Batin ni semua pakai handphone. Bukan calang-calang, ada yang 3G. Yeop tanyaler Tok Batin tu. "Macam mana deme tu pakai phone, dalam pendalaman tu mana ada letrik nak caj bateri pun tak boleh."

Jawap Tok Batin, "Syusyeh apenye Yeop, kalau abih bateri kame beli fon baru le!"

Hai, patut ler Yeop nampak, Ah Seng yang dulu jual barang-barang runcit sekarang ni dok jaja handfon.

Inilah kemajuan yang orang Red Indians di Amerika pun tak kecapi.

Yeop tak dok lama-lama di kampung tu, takut-takut deme tu mintak beli moto Yeop pulak. Parah.

nota kaki: Gambar di atas adalah gambar dari arkib JHEOA. Tok Batin dari puak Semai. Bukan sedara Tok Batin Patin. Tak ada kene mengene dengan cerete di ateh.

11 comments:

Anonymous said...

ஒரு முக்கிய விசயம்..தலைப்பை சிறிதாக வைத்தால்தான் பின்னூட்டம் கொடுக்க முடியும்..(இது உள்குத்து பதிவுக்கு)

இன்னொன்று உள்குத்து மேட் ஈஸி காப்பி ரைட் சமாச்சாரம்..அவசரப்பட்டு கை வைக்க வேண்டாம்.:))))))))))

Ku Keng said...

Yeop,

Teman rasa org yang ngantar komen pertama tu tersilap. Dia sangkakan Yeop dari Sungai Siput, jadi dia nak berkirim pesan kepada MP Sg. Siput. Agaknya.

Yeop, nak tanya sikit. Kenapa kawan-kawan Yeop ramai tok-tok batin? Yeop ni menuntut ilmu kebatinan ke? Bahaya Yeop!

Watanabe said...

Yeop,

Boleh baca ke ape Anon cakap tu? Senyum melebar nampak dia. Agaknye lega dah boleh delete semua sms dia, maklum byk na komplen pasai highway2 kat M'sia ni.

Tapi Yeop jgn sangkut anak tok batin udah ler..

Seman Senoi said...

Tumpang tanye Yeop. Dulu besekolah di Gombak Bt. 12 ke? Taun berape? Rase rase macam kenai.

Yeop-Harley said...

Anon: Manikam. Saukiam Ma? அந்தக் காலத்து வள்ளுவரின் "துப்பார்க்கு துப்பாய துப்பாக்கி துப்பார்க்கு துப்பாய தூம் மழை" முதல் இந்தக்காலத்து கண்ணதாசனின் "அத்திக்காய், காய், ஆலங்காய் வெண்ணிலவே " வரை தமிழ் இந்த விஷயத்தில் அட்சய பாத்திரம்.
என்பது ஆங்கிலத்தில் ஒரு வார்த்தைதான். அதற்கு மேல் அதன் இலக்கணப் பரிமாணங்கள் குறித்து தேட வேண்டும். ஆனால் நம் பைந்தமிழில் " சிலேடை" என்பது இலக்கண வகையறாக்களில் ஒன்று. கவி காளமேகமோ அன்றி திருக்குறள் முனுசாமியோ அன்றி கி.வ. ஜா -வோ சிலேடைகளில் கரை கண்டவர்கள் தமிழில் ஏராளம். Yappedey.

Ayah Keng: Ya betul dia komplen pasal phone dia abis punah kerana kepanasan mesej-mesej yang dihantar. Samy kata separuh dari lebih 2000 mesej yang diterima, adalah pengiktirafan dan kepujian keatas, kebijaksanaan beliau mengendalikan kementeriannya.

Watanabe: Anak Tok Batin lawar-lawar kerana bercampur china dan senoi dan semang. Macam PGL pun ada. Rambut perang-perang. Cuma bibir tebal sikit dan gigi itam-itam.

Seman: Macam mane kome jumpa teman nih? Ya lah dulu kite syame-syame syekelas di Gombak dan syelepasnya di Post Bertam. Pangkat apa syekarang dalam Syenoi Praaq?

dr in the house said...

Yeop,

Hebat deme, MP Sungai Siput pon dtg beri komen.

Pasal cerita Tok Batin pakai handset ni pon heboh di Muadzam, Pahang. Bila org tanya Tok Batin, macam mana kalau tak ada line di ulu kampong? Dia jawab " shenang shaja. Shetiap kali syaya nak pakai henfon, syaya keluar ke pekan yang ada line!"

Amacam? Rasanya MP Sg Siput pon terduduk tak boleh jawab auta ni!

NBB said...

amboi beshnya pak yeop ni terer shungguh dia berbahashe shelain dari bahashe malashier.shalutee!

AnakMalaya said...

HAHAHAHA.. airmata masih tak berenti mengalir ni ha baca komen pembaca blog awak tu!! nak pecah perut tgk!!! tolongggg le.. saya nak sangat tau maneeee le nak dapat tulisan tu??

Kodeng said...

Yeop, tolong antar berite ke Zen anak Lipan di Kampung Kelubi, Grik. Bineng akau doh bersyalin. Anak laki. Mintak mak antar obak untuk kecuk urak. Esok ada ronda Syeno Praak lalu kampong. Kirim kat Sergen Tupai. Tolong Yeop. Mustahak. Nanti akau hadiah kera salai.

anita said...

pak cik yeop. saya jd pening baca blog pak cik. dan sakit perut pun ada. banyak prkara tak masuk akal. macammana harley bolih masuk hutan dan ganang. macammana pak cik disalah anggap sebagai wakil MP. bgmana tok batin suka pada pak cik. maaf pak cik. pak cik ni orang asli juga ke?

Yeop-Harley said...

DITH:Amacam kita buat buku berkenaan "The Wisdoms of the Original People"?
NBB:Disekolah di Slim River ada pelajaran bahasa-bahasa tempatan. Tu lah di Bote tu tak global.
anakmalaya:untuk tulis bahasa Tamil boleh order keyboard dari Sg. Siput. MPnya pernah diistiharkan sebagai "The Best Tamil Orator Outside India".
Kodeng:Hooi, teman bukan penjaga wireless kampung. Nak antar berita kau dapat anak jantan tu hantar berita melalui siaran radio orang asliler. Lagu permintaan pun kau boleh mintak. Nkau ni jangan ler bocorkan rahsia aku suka makan kera salai. Maluler aku semua orang tau.
Anita:Banyok perkara anak boleh belajar dari mereka. Harley masuk ganang senang. Pak Cik upah mereka kandarlah. Ada tempat-tempat naik landrover. Pak Cik disalah anggap sebagai orang MIC pasal, sebenarnya Pak Cik disumpah macam cerita NBB tu.Jadi muka Pak Cik hangus itam legam macam merekaler. Pak Cik bukan orang asli tapi Pak Cik ni orang yang asli.Jangan tanya banyak-banyak kerana nanti abih rahsia Pak Cik. Tok sehat ke?