Banyok orang kata budak-budak moto nih kughang ajor. Mari teman bagitau apa dia kurang ajar.
KURANG AJAR
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.
-- Dato Usman Awang
Wednesday, January 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hai Yeop,
Kome pegheli teman ke? Tampor nanti baru tau. Hutang deghoyan dulu pun belom bayor ni nok mengata-ngata oghang pulok.
Tuan Keng - bukan peheli Tuan Keng, tapi menegor je. Terase ya?
NBB - Terimakasih sudi bertandang. Nak hidang apa-apa pun yang ada hanya deghoyan. Nak bagi tak boleh keghana dah pajak pada ah lian tokey di tanjong rambutan. Lain kali bawak le kawan-kawan. Tapi jangan le kawan-kawan dalam bilik mayat tu.
Post a Comment