Monday, April 16, 2007

Sori Bos

Kelamrin Yeop terima surat dari teman Yeop. Dia ni hari-hari lewat ke pejabat. Jadi untuk memenuhi syarat supaya tak dibuang kereja, dia pun buatler satu surat. Dia mintak tolong Yeop tengok-tengok kalau kalau logik atau tak. Katanya:

Kepada Boss......

Saya mohon maaf kerana hari nie saya terlambat lagi datang ke pejabat. Saya tau, termasuk hari nie, saya dah 10 kali lewat ke pejabat.

Sorry Boss....!!!

Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi. Tapi oleh kerana lewat, saaya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau 10:00 pagi. Tapi percayalah Boss, saya bukan sengaja. Keadaan yang buat saya begini. Saya bangun awal Boss... Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Boss pun tahu saya just duduk Ampang, dekat jer.....

Tapi Boss, bila sampai di pertengahan jalan...saya jadi pening Boss. saya percaya kalau Boss sendiri berada ditempat saya, Boss pun mesti sampai lewat jugak ke pejabat. Percaayalah Boss, saya tak bohong. Kalau Boss nak tahu kenapa saya selalu lewat ke pejabat, meh sini, biar saya tunjukkan.......

Yang Benar,

Pekerjamu yang disayangi.......

p/s : harap Boss.....maafkan lah saya....yer....












10 comments:

HCI said...

Boss, awak ni suku sakat keng dan dith rupanya.

Anonymous said...

hehehe... nice entry

Sya said...

Kita tiap-tiap hari datang lambat masuk 8.00 pagi sampai 8.30.. sebab traffic light nilah

zizie ali said...

he he. arca yg merupakan sebuah karya seni yg tinggi nilai artistiknya.
surat itu juga merupakan sebuah karya seni yg hebat. surat rasmi yg cuba lari dari format konvensional. ha ha

Anonymous said...

saya pun sama macam kak sya. trafic light depan hospital tu... confusing!

Yeop-Harley said...

Kak Has:

Betul, kami semua suku sakat. DITH menjaga kawasan Timur, Keng kawasan Tengah dan saya di hutan rimba.

ikelah:

Jangan ketawa kuat-kuat nanti pening.

Sya:

Lain kali bawak bos ke situ supaya dia percaya.

Zizie:

Satu arca yang mengalahkan Michaelangelo agaknya. Rekaan mat spanner. Dan karangan yang telus dari hati. Adoiii...

Adik NBB:

Hari tu saya ke hospital nak jumpa adik. Tapi lepaih menunggu di lampu tu dekat dua jam, saya patah balik, kerana teringat tadinya mak pesan suruh beli pekasam.

Bye Bye. Datang lagi ye!!

Bunga Rampai said...

Salam Bang Yeop,

Sori bos, mana rotan manau?

Oh, saya suka tiang lampu isyarat itu!

Bunga Rampai said...

Jauh meronda Bang Yeop, tak balik-balik lagi ni, ke mana?

Salam.

Anonymous said...

salam yeop!
traffic light macam gitu...patut pun yeop selalu lambat eh...huhuhu.

denai said...

ya yeop, temanpun.