Hari tu dalam ronda-ronda, Yeop singgah le di Taiping rumah datok sedara Yeop. Namanya Tok Anjang. Bila Tok Anjang ternampak MP3 Yeop tergantung di tali pinggang,dia pun bertanyaler.
"Apa tu Yeop?"
"MP3 Tok. Ada musik"
"Cuba dengar."
Maka pabila dia dengar koleksi lagu-lagu Yeop, Tok Anjang pun kata. "Ni bukan lagu Yeop. Lagu dulu-dulu penuh makna dan teladan. Nanti kome dedengor lagu ni."
Rupa-rupanya Tok Anjang ada gitar. Gitar tua. "Hai boleh tahan juga orang tua ni," Yeop bisik dalam hati.
Maka Tok Anjang pun memetik gitar dia dan mendayu-dayu sebuah lagu yang terlalu asing bagi Yeop. Tapi kerana Yeop tengok Tok Anjang sampai meleleh ayor mata apabila menyanyi, maka Yeop mintakler seni kata lagu tu dari dia. Hah ni dia. Sebuah lagu tua, yang dinyanyikan oleh seorang yang tua. (Nota: Tok Anjang nyanyi sekali sekala aja sekarang. Kerana dia sekarang dah jadi siak sukarela di surau dia).
Sound of Silence
Hello darkness, my old friend,
I’ve come to talk with you again,
Because a vision softly creeping,
Left it’s seeds while I was sleeping,
And the vision that was planted in my brain,
Still remains,
Within the sound of silence.
In restless dreams I walked alone,
Narrow streets of cobblestone,
'neath the halo of a street lamp,
I turned my collar to the cold and damp,
When my eyes were stabbed by the flash of,
A neon light,
That split the night,
And touched the sound of silence.
And in the naked light I saw,
Ten thousand people, maybe more.
People talking without speaking,
People hearing without listening,
People writing songs that voices never share.
And no one dared,
Disturb the sound of silence.
Fools said I, you do not know,
Silence like a cancer grows.
Hear my words that I might teach you,
Take my arms that I might reach you.
But my words like silent raindrops fell,
And echoed,
In the wells of silence.
And the people bowed and prayed,
To the neon God they made.
And the sign flashed out it’s warning,
In the words that it was forming.
And the signs said,
the words of the prophets,
Are written on the subway walls,
And tenement halls.
And whisper’d in the sounds of silence.
~~Simon & Garfunkle~~
p.s.: Terimakasih zizie. Dah tambah dah link pada tajuk lagu. Hai, kome pun terrer juga ya, suka lagu-lagu lama. Geng Mike Asam Kumbang ke?
Bab Dua:
Kalau anda gila golf, awas ya, jangan pula mencuri bola orang lain!
8 comments:
Yeop,
Mula-mula terkejut kawan, kawan ingatke, Tok Batin menyanyi lagu tu. Hai Tok Anjang tu boleh tahan juga ya? Tua tua pun masih romantik lagi.
Yeop, saya tumpang lalu. Maklumlah Pak Malau ni berdagang dari Mersing. Kalau senang-senang Yeop rondalah ke kampung Pak Malau. Boleh kita sama-sama nyanyi lagu-lagu lama di pantai.
Pak Yeop, Tok kata dia sama-sama dalam kumpulan muzik dulu-dulu bersama Tok Anjang tu. Tok saya bermain bongo. Dia kata orang panggil Tok Anjang tu 'Mike Asam Kumbang'
http://www.geocities.com/pujaan_omputih/the_sound_of_silence.ram
Ayah Keng: Orang Taiping Ayah Keng wei, belajar di King Edward. Bukan sekolah kampung macam Ayah Keng.
Pak Malau:Pak Malau lalu naik perahu ke? Nanti ye, nanti saya akan sampai ke pantai Pak Malau dan kita makan ikan bakar sama-sama. Pak Ngah dah balik ke belum? "Ahaaai, Pak Ngah dah lah baliiik, Pak Ngah dah lah baliiik dan Mak Ngah pun tersenyum riang...."
Anita: Lain kali kalu ada rahsia sebegini antar le sms. Jangan tulis dalam blog.
Zizie: Timakasih ya. Dah pun saya buat link. Lagu-lagu Tom Jones ada tak?
Yeop, awok ni dari era mana? Lagu ni dari era kawe. memang sedap melodi dan senikata yg cukup mendalam ertinya
DITH:Teman muda lagi. Hai kalau ni lagu favorit DITH, maka: lagu top tahun 1967. Sekarang 2006. 39 tahun dulu maka umur DITH ....
NBB:Cuba tanya abah. Silap silap masa abah dan mak kawin dulu Mike datang nyanyi!
Mawi tak pandai main instrumen u. Tok Anjang, ni all rounder.
Post a Comment