Di hari-hari mutakhir Ramadhan ini, Yeop dengan rendah diri, menyusun jari,memohon ampun dan maaf kepada pengunjung kalian ke bangsal Yeop yang amat kekurangan ini. Sekiranya ada tersilap, terkasar, terlanjur dan terlepas cakap dan kata, maaflah Yeop. Maklumlah Yeop ni bergaul dan bercampur lebih dengan orang-orang hulu.
Pagi tadi, sewaktu Yeop di kuliah subuh, pensyarah berpesan:
- Raya disambut dengan penuh kegembiraan bukannya kerana pemergian Ramadhan. Kegembiraan kerana kita sekali lagi diberi peluang untuk menyempurnakan Ramadhan kali ini. Tanda kesyukuran kerana dapat menjalani ibadah serta diberi peluang untuk memohon keampunan dari Illahi.
- Banyak menangis bukannya kerana tak ada pakaian baru atau kurang mendapat habuan raya. Tetapi kerana kesedihan takut-takut tak ada lagi peluang untuk ber Ramadhan pada tahun hadapan. Sebulan bermesra dengan Ramadhan ini, dan begitu cepat ia pergi.
- Jangan mengucapkan Selamat Hari Raya. Itu hanya kata-kata kosong. Ikut sunnah Rasululullah. Ucapkan YA RABBANA TAQABBALNA WA MINKUM ketika bersalaman. Maknanya "Ya Rab terimalah ibadah saya dan juga ibadahnya".
'eid mubarak
kullu 'aamin wa antum bikhair.
p.s.: Jangan berempit. Kubur tu sempit. Sakit kena himpit.