Saturday, December 30, 2006

Korban

Dai Ramadhan ke Zulhijjah, Yeop bersepi. Bukan merajuk, bukan mogok .. hanya kerana Yeop kurang merokok, maka kurang inspirasi.

Hari ini Yeop, mengupgradekan blog. Mengupdatekan maklumat, dan di sini Yeop ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban atau Aidiladha kepada kome sakalian.

Jangan lupa berkorban.

Dan Yeop akan korbankan tabiat merokok. Takut pulak, kalau-kalau terpaksa ke Hospital Ipoh, bertemu Dr. NBB, dia herdik Yeop dan marah-marah kerana tak mau ambil sikap TAK NAK.

Saturday, October 21, 2006

Ramadhan Oh Ramadhan

Di hari-hari mutakhir Ramadhan ini, Yeop dengan rendah diri, menyusun jari,memohon ampun dan maaf kepada pengunjung kalian ke bangsal Yeop yang amat kekurangan ini. Sekiranya ada tersilap, terkasar, terlanjur dan terlepas cakap dan kata, maaflah Yeop. Maklumlah Yeop ni bergaul dan bercampur lebih dengan orang-orang hulu.

Pagi tadi, sewaktu Yeop di kuliah subuh, pensyarah berpesan:

  1. Raya disambut dengan penuh kegembiraan bukannya kerana pemergian Ramadhan. Kegembiraan kerana kita sekali lagi diberi peluang untuk menyempurnakan Ramadhan kali ini. Tanda kesyukuran kerana dapat menjalani ibadah serta diberi peluang untuk memohon keampunan dari Illahi.
  2. Banyak menangis bukannya kerana tak ada pakaian baru atau kurang mendapat habuan raya. Tetapi kerana kesedihan takut-takut tak ada lagi peluang untuk ber Ramadhan pada tahun hadapan. Sebulan bermesra dengan Ramadhan ini, dan begitu cepat ia pergi.
  3. Jangan mengucapkan Selamat Hari Raya. Itu hanya kata-kata kosong. Ikut sunnah Rasululullah. Ucapkan YA RABBANA TAQABBALNA WA MINKUM ketika bersalaman. Maknanya "Ya Rab terimalah ibadah saya dan juga ibadahnya".

'eid mubarak

kullu 'aamin wa antum bikhair.

p.s.: Jangan berempit. Kubur tu sempit. Sakit kena himpit.

Monday, October 02, 2006

Ramadan Dah Datang .....

Salam Ramadan.

Kehilangan Yeop buat seketika dan berketika bukanlah apa-apa. Yeop menanggung malu. Moto Yeop, jeket Yeop, pintu rumah Yeop, topi keledar Yeop, dan beg Yeop kesemuanya Yeop cap warna German. Harapan Yeop Germanlah yang menjadi juara bola sedunia. Ini akibahnya terlampau percaya kepada Tok Batin Galah.

German, German katanya. Rupanya Tok Batin ni pekak. Yeop kata bola. Yang dia dengar muffler (muffler exhaust kereta). Jadi dia jawab, "Geremang tu tahan lasak Yeop. Pasti top." Habis sekaton rokok Tji Sam Soe yang dihadiahkan kepadanya. Bodohnya Yeop. Tu lah yang memalukan Yeop. Akibatnya terpaksa Yeop menghilang begitu lama.

Sewaktu dalam hutan rimba, menyorokan diri, terdengar lagu nyanyian Sudirman, sayup sayup ... maka tersedarlah Yeop yang Ramadhan dah menjelma.

Cik Rampai, terima kasih di atas kunjungan ke teratak yang sepi menyepi. Dan disebabkan ni dah Ramadan, maka Yeop memberanikan diri untuk keluar. Cuba-cuba test, ada orang perli lagi atau tidak. Kah kah kah.



Dan buat Cik Rampai, Cik Nurul, Puan Doktor, Ayah Keng, Pak Cik Jones, Pak Malau, Cik Anggun dan Mc Kay, dan juga kesemua teman-teman Yeop:

Dalam kerendahan hati yang terdalam,
Pasti ada keluhuran budi.

Dalam kemiskinan harta,
Pasti ada kekayaan hati.

Hidup ini akan lebih indah,
Bila ada maaf bermaafan antara kita.

Marhaban ya Ramadan,
Bulan penuh keampunan,
Rahmat, dan
Kasih sayang....

Selamat menjalankan ibadah dan amal Ramadan,
Entah ini terakhir,
Entah tidaknya,
Di harap berjumpa lagi.

Maaf lahir batin dari Yeop untuk teman-teman.



Saturday, July 08, 2006

malu



Adooi, Yeop malu betoi. Haghi tu Yeop gi KL beli jersey Jerman empat pasang. Untuk anak-anak dua pasang. Petang tu Yeop ke hulu ke hilior, mmakai jersey baru konon-konon German top ler. Pagi esokya, apa dah terjadi? German kalah. Adoi. Malunya.

Esok Yeop pun gi lah ke Lata Kundur nak hadiah jersey-jersey tu ke anak Tok Batin. Tau apa yang dema kata kat Yeop? "Pak Yeop, lain kali nak pilih tim pikior ler baik-baik. Tengok kereta jerman tu. Laju je, nak parking syusyah, nak mencelah syusyah. Tengok Fiat ke Renault ke, lincah macam tupai. Har yang begitu ler dema kena pilih."

Merah padam muka Yeop. Tok Batin tak kata apa-apa. Tapi bila Yeop pulang Yeop dengor dema semua tu ketawa berdekah-dekah kat Yeop.

Rasa-rasa Yeop ler, kereta Fiat tu bagus jugak ye? Tapi kereta Renault, lebih tahan kerana tak berkarat. Jadi Yeop beli Renault ler.

Saturday, June 17, 2006

Bola Lagi

Yeop terbaca dalam akhbar tentang sindiket judi internet yang diterajui oleh kaki-judi dari Malaysia. Ini lagi yang akan menyusahkan kita dari Malaysia nak bermusafir ke luar negara. Pasti banyak kelak soalan-soalan di immigeresen. Akhir-akhir nya passpot Malaysia akan jadi macam passpot Filipina atau Indonesia. Banyak soalan. Macam mana ler deme ni. Tak nak jaga nama negara.

Tapi bola yang sedang mendemamkan peminat ler ni, bukan saja buat orang tertanya-tanya dan bertanya-tanya. Dan Yeop agak pak sadhu ni pun peminat bola jugak. Tengok di sedang stress tu, sehingga rokok nak membakar jari. Atau mungkin dia bomoh bola!

Untuk Yeop, Yeop tetap menggunakan Tok Batin Patin. Ilmu dia hebat. Sehingga pemain tak dapat cari bola. Kerana setengah jam sebelum permainan, Tok Batin suruh budak-budaknya curi abih bola-bola.

Wednesday, May 24, 2006

Fifa Fofa

Yeop: Macam mana Tok, kali ni syapa agak-agaknya menang?

Tok Batin Lata: Menang apa Yeop? Pilihan raya Sarawak ke?

Yeop: Tak Tok, bola ler. Syiape agoknye boleh menang?

Tok. Pejam mata. Termenung. Senyap. Tiba-tiba menggeletar dan keluar suara yang bergaung-gaung.

Tok: Anok cucu nak tau syape menang ke? Ha, ha, ha. Yang Tok nampok, kalu, kalu,.....ya kalu syi Maniam tu main goalie, Syelim River Esytate menang...

Yeop: Oooih, Tok, bukan Estate League ler. World Cup ler!!.

Saturday, April 29, 2006

Bilal Yeop

Hari Jumaat lepas Yeop menjadi bilal. Yeop azan di kiri dan qamat di kanan. Bukan di masjid tapi di telinga bayi yang baru lahir. Ibu kepada anak-anak Yeop, dan menantu kepada ibu dan ayah Yeop selamat melahirkan anak lelaki. Kalu kome pening nak paham, yang dimaksudkan Yeop, adalah isteri Yeop yang telah melahirkan anak. ...."Yang, yang, anak keberapa ni?".

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana ibu dan anak selamat.

Jadi maaflah ler kerana lama Yeop tak mengupdate blog. Maklumlah sibuk cari air selusuh, sibuk mengambil ibu dan ayah dan sibuk membeli persiapan. Siapa tak sayang isteri. Hari tu Yeop bercadang nak minta Doktor Nurul menyambut, tapi bila teringat yang Nurul ni pathologist, cepat-cepat Yeop tukar fikiran. Nak pegi ke Dr. Roza pulak jauh sangat.

Dan jangan bimbang, Yeop sekali-kali tak akan menyuruh Tok Batin memilih nama. Nama dah ada.

Wednesday, April 12, 2006

Mancis Tok Batin



Heran betul Yeop. Kenapa dikampong Lata Ulu tu laku betul mancis. Kata Ah Seng, tokei kedai tu, hari-hari mancis abih berkarton-karton. Jadi minggu lalu Yeop pun pegiler ke Kampong tu untuk bertanya kabar dari Tok Batin Sekilau.

"Arhh Yiop. Ape kaber kome? Lame dok napok napok." Tok Batin menyambut Yeop. Dia ni dah tua dah. Tapi mengaku masih muda.

"Sihat Tok. Ni ler Tok. Orang kampong Tok ni makan mancis ke? Kabarnya hari-hari sampai berkarton-karton abih dibeli." Yeop jawab dan menyoal.

"Ehh. Syapa pulak lapor kat kome?" Dia terkejut.

"Ah Seng ler. Hari tu Yeop nak beli mancis. Dia kata tak leh jual kerana orang kampong Lata Ulu dah tempah semua. Buat apa Tok?" jawab Yeop.

Tok Batin terdiam. Dia macam tak mau jawab je. Tapi lama kelamaan dia pun buka mulut. "Ni Yeop, rahsyia kami."

"Hah, rahsia apa Tok." aku terkejut.

"Bebenornye Yeop, kami dah cipta alat lampu baru. Dok usyah guna lagi karan dari Tenaga Nasional. Cuma kami cari mentol-mentol lama yang dah rosak. Guna mancis, hah dapat ler cahaya." Dia jawab selamba.

"Hai." Yeop mula timbul keinginan nak tau selanjutnya. Kebetulan Yeop pun sedang eksperimen buat minyak kereta dari minyak buah jarak.

"Ggini Yeop tapi Yeop jangan cerita syapa-syapa sebelum cukup syeminggu syelepasy Yeop tengok. Pasal takut jin yang menjaga lampu tu marah." Pesan Tok Batin.

"OK, Tok saya janji."

Dan kerana ini dah lebih seminggu maka Yeop pun nak kongsi samalah dengan deme apa yang Yeop lihat. Sungguh canggih dan pandai Tok Batin Sekilau ni. Cahayanya terang benderang. Cuma banyak pakai mancis je. Jadi buat ketika ini kosnya tinggi sikit ler. Cuba teliti:



Tapi janji jangan tiru cipataan ni ye!!

Thursday, April 06, 2006

Naya

Betuler Yeop selalu berkawan dengan Tok Batin, dan sesekali sesekala tu Yeop cuba-cubalah buat tanya firasat Tok Batin berdasarkan kepada Kitab Matahari dan Bulan Atas Gunung Ganang. Tapi bukannya Yeop percaya. Percayalah.

Tapi ada teman Yeop ni, dia senyap-senyap gi jumpe Tok Batin di Gua Musang, dan mintak doa. Apake bodohnya. Tok Batin tu, selepas menerima sekarton Benson & Hedges, pun mula membuka kitabnya dan haa, mendapatlah doa yang difikirkan sesuai.

Bila Yeop dapat tau, Yeop menasihatkan supaya jangan amal. Tapi mereka tu degil. Ha, sekarang padah. Tau apa doa tu?

Kata mereka, doa untuk mintak selamat. Kan pelek tuh. Doanya, 'BUAH SYETOR BUAH SYETIAR, SYETAT MOTO MASUK GIAR'.

Nak tau apa kesudahanya? Cuba lihat.



Oh ya, jangan banyak makan gula. Sekarang gula payah dapat. Jadilah macam masyarakat Tok Batin, makanlah gula kabong. Kat kampung Dr. Nurul ada jual.

Wednesday, March 29, 2006

Gerhana

Maaf, Yeop terlupa meninggalkan pesan. Tadi Yeop ke Ghana untuk menziarahi kaum kerabat Yeop. Tiba di kampung, ternampak mak we Ghana ni:


"Where you gone sistah?" Yeop cuba-cuba tanya.

"What you donno? Today sun eclipse. All black. Dark Brother."

Ah bila Yeop lihat di langit barulah Yeop tersedar hari ni gerhana matahari. Mula-mula sangka Yeop hari dah malam.


Saturday, March 25, 2006

Terkenang

Semenjak seminggu dua ni, teringat betul kepada zaman budak-budak dulu, mandi di lombong dan kemudian berlari-lari kerumah Tok. Tok seronok melihat cucu-cucunya riuh rendah dengan keadaan basah kuyup, dan semestinya kelaparan dan kehausan. Yang paling teristimewa pada kami adalah pekasam Tok. Best.

Mungkin orang-orang Perak ni, kuat berusaha, sebab itulah terungkap simpulan bahasa "Alang alang celup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan." Tapi yang peliknya kenapa celup dengan tangan? Takkah itu merosakkan keseluruh pekasam? Dan kenapa mustahaknya untuk celup pekasam? Mungkin terjatuh kunci kereta atau motorsikal agaknya.

Maka Yeop pun pesanlah kepada Kakak di rumah (mem Yeoplah) untuk membuat pekasam. Katanya,"Bang, mana adik tau, sekarang ni beli di pasar tani kan senang!"

Aiih, mana sama. Dulu pekasam Tok dibuatnya sendiri. Jadi puas Yeop menalipon untuk mencari recipe pekasam yang original. Tak ada yang ingat pulak. Nak talipon Nurul terlupa nomor talipon dia. Kalu talipon 991, nanti bukan Dr. Nurul yang datang tapi polis datang tangkap Yeop kerana membuat panggilan tanpa ada kecemasan.

Tapi, Alhamdulillah, rupa-rupanya ada juga si Banjar dari Sg. Manik yang buat blog, dan dalam blognya bermacam-macam recipe pekasam. Aduh, seronoknya Yeop. Ni Yeop bentangkan untuk cubaan bersama. Terima kasih bebanyak ya adik dari Sungai Manik. Aiih, parang panjang warisan ada lagi tak? Yeop nak buat souvenier.

Cara maulah wadik (Banjar) [ini pulak bahasa Banjar, jadi kena cari penterjemahlah]

15 ikung ikan sapat;
1/2 bungkus garam kasar (uyah);
6 kaping asam gelugur - Asam Kaping;
1 cawan baras basangan hagan diulah samo (ditumbuk atawa digiling kasar);
1 bigi cabai karing;
1 ulas bawang halui;
1 sudu gula;
amun suka.

1. Iwak dibarasihi. Andaki uyah. Jangan kalumpanan andaki jua dalam parot iwak
2. Taburkan garam dalam wadah (guri), susun ikan berselang seli wan uyah;
3. Biar dipaja 3 malam;
4. Tapiskan banyu wadik, imbah tu jarang banyu wadik tu;
5. Kambohkan samo, cabai, bawang , gula wan ikan. Masukan banyu wadik tadi;
6. Paja sekurang-kurangnya saminggu, hanyar nyaman dimakan.

***cili wan bawang hagan menjauhkan wadik dari bahulat

Cara membuat pekasam(Melayu)

Bahan-bahannya:
10 - 15 ekor ikan;
200 gm beras (digoreng tanpa minyak dan tumbuk/kisar, jangan halus sangat);
2 sudu makan garam halus;
dua genggam asam jawa.

Caranya:
1. Bersihkan ikan (mesti betul-betul bersih, kalau tidak ikan cepat busuk).
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas, susun selang seli antara garam campur asam tadi dengan ikan. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
4. Jangan terus simpan dalam peti sejuk. Biarkan sekurangnya dua hari di luar kemudian baru simpan dlm peti sejuk.

Cara goreng:
Gunakan sedikit sahaja minyak. Goreng bawang kecil yang sudah dihiris dgn cili padi.
Lagi banyak lagi sedap. Angkat. Kemudian baru goreng ikan pekasam dan campuran beras itu hingga garing. (Jangan basuh ikan tu!) Hidangkan dengan nasi panas.

Wow, sedap.


Pekasam Ikan Laut ( Kembung )

Cara membuat:

Gula Merah 1 cawan untuk 10 ekor ikan Kembong.
Pilih ikan Kembong jenis lemak (yg ada sisik tu )
Asam jawa sebesar bola golf.
Garam kasar 1/2 cawan.

Cara:

Basuh ikan dan toast kan,gaulkan ikan tadi dengan garam kasar dalam bekas plastik yg bolih di tutup. Biarkan selama 20 minit setelah ikan tadi mengeluarkan cecair dalam isi nya masukkan gula merah dan asam jawa serentak dengan gula merah. (jangan campurkan air kerana ini ianya menyebabkan tak tahan lama).
Setelah itu masukkan simpan didalam bekas tertutup dan kedap udara selama 1 minggu.



Bismillah.
Allahumma bariklana fiima razaktana......

Friday, March 17, 2006

Kenangan

Dalam banyak-banyak bangunan lama di Perak, Istana Kenangan ini selalu membuat Yeop berfikir.

Hai banyaknya tingkap dan jendela. Kalaulah dulu-dulu Tok Aki Yeop buka kedai kain, pasti kaya raya dia kerana jadi supplier langsir. Maka kurang-kurangnya senanglah kami semua. Tapi Tok Aki pula kerjanya jual pucuk ubi je. Apa nak buat.

Berbalik kepada Istana ni. Ukiran dalamannya menarik. Halus dan berseni. Cuba teliti motif dan color-schemenya.

Ni menunjukkan orang Perak ni berseni. Betul tak Nurul?

Saturday, March 11, 2006

Roda-roda Hidup


Tertarik Yeop dengan lakaran ini kerana beginilah peringkat yang akan dilalui dalam hidup sebahagian kita. Sebahagian, kerana mungkin ada yang tak sampai ke semua peringkat.

Sebenarnya ini adalah rahsia kenapa Yeop suka bermotor. Kerana bermotor tak masuk dalam pusingan di atas. Jadi besar kemungkinan Yeop akan selamat dari mana-mana peringkat yang diunjurkan.

Macam mana Tok Batin. "Pandai tak syaya?"

nota: Terimkasih ya Encik Suddick kerana aku mencuri kartun kamu. Nanti Yeop hantar tempoyak seguri.

Wednesday, March 01, 2006

the wisdom of the tribe

Ini cerita tentang Pak Sako. Almarhum Pak Sako. Yeop tak kenal dia tapi banyak dengar cerita tentang enkounter Pak Sako ngan Orang Asyli. Kalu nak tau Pak Sako ni orang Temerloh. Mungkin sekampung dengan iKelah. (Is it right DITH?).

Cerita Pertama:
Satu hari Pak Sako nak ke pendalaman. Mak dia pun tanyalah Tok Batin kenalannya.

"Jauh ke Tok?" tanya Pak Sako.

"Haih, dekat syaja. Jalan kaki syaja." jawab Tok Batin konfiden.

"Berapa lama?"

"Sejam syampai." Jawab Tok Batin. Masa tu dia dah moden dah, tak mengukur ikut isapan rokok lagi.

"Hooih. Lambat sangat. Nak cepat ada cara tak?" tanya Pak Sako.

"Boleh. Nak cepat kita jangan jalan. Kita lari." Balas Tok Batin.


Cerita Kedua:

Satu hari Pak Sako nak ke Tasik Cini. Nak siasat tentang naga yang dikatakan timbul di sana. Di tengah-tengah jalan dia berjumpa dengan seorang orang Asli dari suku Semelai.

"Dari mana weiih?" tanya Pak Sako.

"Cini. Nok ke pekan jap." jawab Asli itu.

"Cini airnya bersih tak?" tanya lagi Pak Sako.

"Haiih bersyih tuan. Doh bertahun syaya dok syana. Tak pernah tengok orang datang cuci tasyik. Mestilah airnya bersyih!"

Saturday, February 25, 2006

Lagu Nostalgia

Bab Satu:
Hari tu dalam ronda-ronda, Yeop singgah le di Taiping rumah datok sedara Yeop. Namanya Tok Anjang. Bila Tok Anjang ternampak MP3 Yeop tergantung di tali pinggang,dia pun bertanyaler.

"Apa tu Yeop?"
"MP3 Tok. Ada musik"
"Cuba dengar."

Maka pabila dia dengar koleksi lagu-lagu Yeop, Tok Anjang pun kata. "Ni bukan lagu Yeop. Lagu dulu-dulu penuh makna dan teladan. Nanti kome dedengor lagu ni."

Rupa-rupanya Tok Anjang ada gitar. Gitar tua. "Hai boleh tahan juga orang tua ni," Yeop bisik dalam hati.

Maka Tok Anjang pun memetik gitar dia dan mendayu-dayu sebuah lagu yang terlalu asing bagi Yeop. Tapi kerana Yeop tengok Tok Anjang sampai meleleh ayor mata apabila menyanyi, maka Yeop mintakler seni kata lagu tu dari dia. Hah ni dia. Sebuah lagu tua, yang dinyanyikan oleh seorang yang tua. (Nota: Tok Anjang nyanyi sekali sekala aja sekarang. Kerana dia sekarang dah jadi siak sukarela di surau dia).
Sound of Silence


Hello darkness, my old friend,
I’ve come to talk with you again,
Because a vision softly creeping,
Left it’s seeds while I was sleeping,
And the vision that was planted in my brain,
Still remains,
Within the sound of silence.

In restless dreams I walked alone,
Narrow streets of cobblestone,
'neath the halo of a street lamp,
I turned my collar to the cold and damp,
When my eyes were stabbed by the flash of,
A neon light,
That split the night,
And touched the sound of silence.

And in the naked light I saw,
Ten thousand people, maybe more.
People talking without speaking,
People hearing without listening,
People writing songs that voices never share.
And no one dared,
Disturb the sound of silence.

Fools said I, you do not know,
Silence like a cancer grows.
Hear my words that I might teach you,
Take my arms that I might reach you.
But my words like silent raindrops fell,
And echoed,
In the wells of silence.

And the people bowed and prayed,
To the neon God they made.
And the sign flashed out it’s warning,
In the words that it was forming.
And the signs said,
the words of the prophets,
Are written on the subway walls,
And tenement halls.
And whisper’d in the sounds of silence.


~~Simon & Garfunkle~~

p.s.: Terimakasih zizie. Dah tambah dah link pada tajuk lagu. Hai, kome pun terrer juga ya, suka lagu-lagu lama. Geng Mike Asam Kumbang ke?

Bab Dua:
Kalau anda gila golf, awas ya, jangan pula mencuri bola orang lain!


Sunday, February 19, 2006

Syusyeh Apenye?

Kelmarin Yeop ke Hulu Perak melawat teman Yeop, Tok Batin Patin. Sepupu Tok Batin Pandak. Tok Batin Patin ni bodoh-bodoh pandai.

Yeop kata, "Tok, kenapa tak mau masuk Islam?"

Dia jawab, "Syusyeh apenye Yeop, kame tau kebaikannye. Nanti belum mati, kame panggillah Tok Imam ajar kame nguccap!"

Ini pikior Yeop, macam sesetengah orang kite, je. Agaknye mika di Kampung Yeop tu belajor dengan Tok Batin. Agaknye ler.

Lepas tu Yeop tengok orang kampung Tok Batin ni semua pakai handphone. Bukan calang-calang, ada yang 3G. Yeop tanyaler Tok Batin tu. "Macam mana deme tu pakai phone, dalam pendalaman tu mana ada letrik nak caj bateri pun tak boleh."

Jawap Tok Batin, "Syusyeh apenye Yeop, kalau abih bateri kame beli fon baru le!"

Hai, patut ler Yeop nampak, Ah Seng yang dulu jual barang-barang runcit sekarang ni dok jaja handfon.

Inilah kemajuan yang orang Red Indians di Amerika pun tak kecapi.

Yeop tak dok lama-lama di kampung tu, takut-takut deme tu mintak beli moto Yeop pulak. Parah.

nota kaki: Gambar di atas adalah gambar dari arkib JHEOA. Tok Batin dari puak Semai. Bukan sedara Tok Batin Patin. Tak ada kene mengene dengan cerete di ateh.

Saturday, February 11, 2006

Hooray, Yeop menang Lottery!

Haih nampok gayenye kali ni Yeop sunggoh betuah. Tak sangke-sangke Yeop terima e-mail mengatekan Yeop dah menang Lotto. Hadiahnya 250,000 Sterling Pounds.

Yeop tanyelah teman Yeop, Tok Batin Pandak. "Bolehke ambik duit ni Tok?"

Dia kate, "Yeop, ni halal. Bukan judi sebab Yeop tak ade beli ape-ape tiket judi. Tibe tibe dapat hadiah. Kalau ikut kitab kami ler, Kitab Matahari dan Bulan atas Gunung Ganang duit ni halal."

Ha pandai juga Tok Batin ni.

Cuba kome baca surat di bawah ni. Tapi jangan pulak kome curi nombor Yeop yang menang tu, paih tu pergi ambik hadiah.


OLYMPIC 2012 LOTTERY.
BATCH NUMBER: WD18/0105/05RN
YOUR REF.: UKNL/255457014/05

OUR REF.: UK-NL/0717/05
TICKET NUMBER: 02 67 78 76 43 26

BE NOTIFIED THAT YOUR EMAIL ADDRESS WAS SELECTED ON THE COMPUTER PROMOTIONAL BALLOT SYSTEM DRAW ON THE 3RD OF JANUARY 2006,

AS ONE OF THE WINNING EMAIL ADDRESSES ON THE INTERNET COMPUTER LOTTERY DRAW. THE PROGRAM WAS HELD BY THE BIG BIG LOTTO (www.thebigbiglotto.com) THE LEADING LOTTERY ORGANISATION WORLDWIDE IN ASSOCIATION WITH HOTMAIL AND OINK MAIL IN HONOUR OF THE OLYMPIC GAME COMING UP IN LONDON 2012.

OUR COMPUTER BALLOT QUALIFIED YOU AS ONE OF THE WINNER OF THE SUM OF £ 250,000.00 (TWO HUNDRED AND FIFTY THOUSAND POUND STERLINGS). YOU ARE ADVISED TO KEEP YOUR WINNINGS TO YOURSELVE TO AVIOD WRONG CLAIMS FROM LOTTERY SCAM ARTIST.

PLEASE NOTE YOU DO NOT HAVE TO PLAY THIS LOTTERY TO WIN, THE LONDON OLYMPIC COMMITTEE IS USING THIS MEDIUM TO REACH OUT TO INDIVIDUAL OUTSIDE THE UNITED KINGDOM TO CREATE AWARENESS FOR THE OLYMPIC GAME COMING UP IN LONDON 2012.

BE FREE TO SPREAD THE GOODNEWS AFTER YOU HAVE COLLECTED YOUR PRIZE.NOTE ANYONE BELOW THE AGE OF 25 YEARS IS NOT QUALIFIED TO PARTICIPATE IN THIS PROGRAMME BECAUSE THE PURPOSE IS TO PROVIDE FINANCIAL AID TO PEOPLE WITH FAMILY RESPONSIBILITIES.FOR YOUR URGENT CLAIM.

Contact Mr. John Baker
The BigBig Lotto UK.
DIRECT PHONE: +44-791- 407-
2868,

CORPORATE
PHONE:+44-161-205-9909

Email:
john-baker@oink.co.uk


Please fill-out the Claim's Form - E provided herein and send it via email to the above named Agent.
NOTE, your winning information has been provided above.
=============================================================

APPLICATION FOR PRIZE CLAIM FORM - E

FULL NAME OF WINNER]..........................................................................................

[RESIDENTADDRESS]........................................................................................
[COUNTRY/ REGION]....................................................................
[STATE].............................................................................................
[DATE OF BIRTH].........../.............../................
[SEX]......... .........
[OCCUPATION]...............................................................................
[CURRENT EMAIL].........................................................................
[TEL/FAX]..................................
[MOBILE].....................................

===============================================
WINNING INFORMATION

----------------------------------------------------------------------------------
[TICKET NUMBER].........................................................................
[YOUR REF NUMBER]....................................................................
[PRIZE WON]...................................................................................
[DATE]..................................

THIS MESSAGE WAS SENT TO YOU FROM,THE DESK OF

MRS JULIE WHITMAN DIRECTOR OF PROMOTION.
THE BIGBIG LOTTO212,
BOROUGH HIGH STREET,
LONDON SE1 4XG,
UNITED KINGDOM.


Amacam? Ini ler untungnya ada e-mel. Macam-macam kejutan.

Hah, sekarang Yeop nak beli Juara sebiji. Kereta yang terlaju dalam Malaysia.
"Kenapa dia laju?" ada kawan bertanya.
"Kerana dia hodoh. Dia lari laju-laju jadi orang tak nampak la bagaimana hodohnya bentuk dia!"

Untuk Tok Batin, Yeop nak pasang Astro kat rumah dia, pasal dia suka tengok Discovery Channel. OK ka Tok?

Saturday, February 04, 2006

An Apology



Questions Flew
And words were hurled into the air
And when the smoke had cleared
I saw you lying there
I used my words
Like bullets in a gun
To pick your ego off
Like skeet flung

In the gallery of fools
Too many words come from my mouth
I wish would remain unsaid
Oh I’ve to eat them all

And now I must confess
It was a silly thing to say to you
It was a silly thing to say to you
I know
We know

~~ Sixpence None the Richer ~~


lagu ni oleh Kumpulan Sixpence None the Richer, iaitu satu grup kristian, yang gigih mendakwahkan supaya muda-mudi kembali memakmurkan gereja-gereja. Seperti sekarang kita pun gigih untuk memakmurkan masjid-masjid.
Bukannye Yeop nok suruh kita bernyanyi ke masjid, tapi hanya Yeop paparkan lagu ini di sini kerana senikatanya ada sedikit nasihat yang baik, terutamanya untuk diri Yeop sendiri. I know, we know..........

Tuesday, January 31, 2006

kenik

Hah, sekarang heboh pasa cerita ikan terkenik di dunia. Yeop dah lama dah tau pasal ikan kenik ni. Bukannye nok cakap besor, tapi dengor le dulu cerite Yeop ni.

Dulu masa Yeop ronda-ronda di Ulu Perak, tersesat jalan dan masuk kampung orang bunian, dan yang peliknya semua penduduknye kenik. Jangan tanye ler macam mana Yeop nampok, masa tu Yeop nampok ler deme tu.

Jadi pasa Yeop lapor bebenor, maka Yeop singgah le di warong tepi jalan tu dan order ler ikang bakor. Tuan kedai tanye - dok nampok tuan nyer tapi dengor suara je, maklumler mereka kenik, "Nok berape ekor?" Spontan Yeop jawab, "Hor bagi ler empat ekor!"

Kejap lagi dihidang ler dalam daun getah, bau ada tapi tak nampok pun. Yeop tak mau buat malu, ambik dan sumbat ler lam mulut. Rase tu ada ler sikit tapi bila kunyah macam tak dok ape ape pun. Bila tanya "Berape?", tuan kedai jawap, "RM200", terduduk Yeop. "Hai kenape mahai sangat?" Jawapnye, "Ikan spesel tuan, rare species!" Rupe-rupenye ikan tu , har, ni diye:





The smallest animal with a backbone known to science, a fish from the carp family, has been discovered in the peat swamps of Indonesia. Females grow no bigger than 7.9mm (0.31in) and the male measures up to 10.3mm.

Biologists discovered the fish during an expedition to explore remote forest swamps on the Indonesian island of Sumatra, where the peat water is a hundred times more acidic than rainwater.

Scientists had thought that little if anything could survive in such peat swamps but have been astonished to discover several species of small fish including the latest specimen, named Paedocypris progenetica.

Aiik, lupe pulak nak ucap SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1427.

Monday, January 30, 2006

AKU



AKU


Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi




(oleh Chairil Anwar, Mac 1943)

Wednesday, January 25, 2006

Rempit

Banyok orang kata budak-budak moto nih kughang ajor. Mari teman bagitau apa dia kurang ajar.


KURANG AJAR

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

-- Dato Usman Awang

Tuesday, January 17, 2006

Mari belajor naik moto



Mule mule pegang handel moto. Kemudian berdiri sebelah moto. Lepaih tu angkat kaki dan duduk atas seat moto. Pegang trottle kuat kuat. Perah trottle mule mule pelan-pelan, lepaih tu lame-lame tunggu bunyi bior berdroom.

Duduk baik-baik, angkat kaki dan jalan pelan-pelan macam naik basikal....ehh tak ada bunyi ke? Oh ya, kunci mana? Minyak pun jangan lupa isi. Belilah Petronas, sokong buatan Malaysia.