Monday, October 02, 2006

Ramadan Dah Datang .....

Salam Ramadan.

Kehilangan Yeop buat seketika dan berketika bukanlah apa-apa. Yeop menanggung malu. Moto Yeop, jeket Yeop, pintu rumah Yeop, topi keledar Yeop, dan beg Yeop kesemuanya Yeop cap warna German. Harapan Yeop Germanlah yang menjadi juara bola sedunia. Ini akibahnya terlampau percaya kepada Tok Batin Galah.

German, German katanya. Rupanya Tok Batin ni pekak. Yeop kata bola. Yang dia dengar muffler (muffler exhaust kereta). Jadi dia jawab, "Geremang tu tahan lasak Yeop. Pasti top." Habis sekaton rokok Tji Sam Soe yang dihadiahkan kepadanya. Bodohnya Yeop. Tu lah yang memalukan Yeop. Akibatnya terpaksa Yeop menghilang begitu lama.

Sewaktu dalam hutan rimba, menyorokan diri, terdengar lagu nyanyian Sudirman, sayup sayup ... maka tersedarlah Yeop yang Ramadhan dah menjelma.

Cik Rampai, terima kasih di atas kunjungan ke teratak yang sepi menyepi. Dan disebabkan ni dah Ramadan, maka Yeop memberanikan diri untuk keluar. Cuba-cuba test, ada orang perli lagi atau tidak. Kah kah kah.



Dan buat Cik Rampai, Cik Nurul, Puan Doktor, Ayah Keng, Pak Cik Jones, Pak Malau, Cik Anggun dan Mc Kay, dan juga kesemua teman-teman Yeop:

Dalam kerendahan hati yang terdalam,
Pasti ada keluhuran budi.

Dalam kemiskinan harta,
Pasti ada kekayaan hati.

Hidup ini akan lebih indah,
Bila ada maaf bermaafan antara kita.

Marhaban ya Ramadan,
Bulan penuh keampunan,
Rahmat, dan
Kasih sayang....

Selamat menjalankan ibadah dan amal Ramadan,
Entah ini terakhir,
Entah tidaknya,
Di harap berjumpa lagi.

Maaf lahir batin dari Yeop untuk teman-teman.



6 comments:

Anonymous said...

yeop
kalau malu jangan tunjuk kemaluan.
kesedaran orang kita zaman sekarang terhadap ramadan memang tinggi..pak meor tengok tiap2 subuh di masjid tu ramai yang menangis terisak2 di sudut2 dan di belakang tiang...pak meor try nangis..tapi tak keluor ayor mata.

Pak Meor

Ku Keng said...

Yeop,

Ah legaaa hati saya. Sangkakan Yeop dah kena kidnap oleh Tok Batin. Ni tiba-tiba jadi penyajak pulak dah. Belajar kat mana?

Pak Malau said...

Di sini, maka Pak Malau ingin menghulur ucap selamat buat Yeop dan ahli-ahli kelab Harley Yeop (Harley tu apa Yeop?).

Pak Malau nak pesan kepada Yeop, jangan rempit-merempit dan bawalah moto cermat-cermat. Tahun ni pergilah beraya di rumah anak-anak yatim, Yeop, tak usahlah sangat ke Post-post di hutan danau tu. Silap-silap dihidang kera panggang.

Selamat berpuasa Yeop. Kalau bolih nanti bawakkan pekasam sebotol untuk Pak Malau ya.

Bunga Rampai said...

:)) Gembira melihat Yeop kembali. Risau juga ntah-ntah Yeop kurang sihat selama menyepi.

Rupanya mengasah pena masa menyorok tu ;) Indah sekali kata-kata tu Yeop. Salam Ramadhan untuk Yeop dan keluarga.

Sang Pencinta said...

salam yeop..
ala mike ...teman pun oghang kite yoep..pe pe hei..teman mengucapakn bebnyak teghima kaseh kerana teghojah sang pencinta. idok le berbahase tinggi..kita ni seghope je..mok je laain lain, pok masing-masing..iye dok..semogae kita saling berakraban tuko-tuko ilmu..nanti teman toghun slim riba..teman contact mike ye yoep..wassalam

zizie ali said...

indahnya madah seloka yeop. mungkin gumbira kerana banyak dapat tempahan baju raya.